Assalammualaikum.....
-Hari ni merupakan hari rabu 20.7.2011.Terasa diri ni nak menulis kat blog.
-Beberapa bulan ni aku telah membuat pelbagai perkara untuk mengejar impian aku.
-Alhamdulillah,setakat ni aku berjaya dalam usaha aku selama beberapa bulan ni.
-Dengan bantuan family,Nafisah dan kawan-kawan, aku berjaya mendapat apa yang aku hajati.
-Mungkin beberapa impian aku ni sesetengah orang bukan perkara susah untuk gapai.Namun bagi aku, ia sesuatu yang susah kerana ia memerlukan aku berusaha lebih untuk mencapai impian tersebut.
-Ada beberapa orang bertanya pada aku, apa impian aku yg dah capai? -Setakat ni aku berjaya mencapai dua impian aku daripada 3 impian aku yang aku impikan selama ini.
-Dua impian sebenarnya memang sudah di rancang sejak tahun lepas lagi untuk di capai tahun ini.Alhamdulillah tercapai.
-Cuma satu impian lagi aku sebenarnya tidak pernah terfikir malah ia datang seolah-olah memberi harapan kedua dan setakat ni ia hampir dapat di gapai.
-Tapi Hampir tidak semestinya dapat. Sekarang aku sendiri tak tau sama ada impian ketiga itu dapat atau pun tidak.Aku hanya berserah pada Tuhan.
-Usaha dan doa aku telah buat,sekarang hanya tinggal tawakal dan bersabar.
-Segala impian yg aku capai bukan datang bergolek. Ia memerlukan perancangan yg rapi,keberanian,dan usaha yg bg aku gila punya usaha.
-Aku berasa bersyukur sebab aku dikurniakan family yg sangat menyokong aku dalam mengejar 3 impian tersebut.
-Impian yang pertama ialah memiliki kereta yang pertama.Alhamdulillah dapat.
-Impian kedua ialah menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Alhamdulliah aku sudah dapat tawaran membuat Master. (EMBA) di UiTM.
-Dua impian yang aku capai ini hasil sokongan family aku dan Nafisah.
-Jika tiada family dan nafisah belum tentu aku berjaya mengejar impian tersebut.
-Jika orang Tanya kepada aku keputusan apa yg setakat ni dalam hidup aku buat tepat?
-Aku akan menjawab :- Memilih Nafisah adalah keputusan yang tepat.
-Kesilapan aku memilih pasangan dulu membuat aku sangat menyesal.
-Keputusan yg aku buat hasil pujukan kawan2 bukan atas dasar aku sendiri.
-Kali ini jika berlaku apa2, ia datang daripada aku sendiri.
-Untuk mencapai sesuatu impian tu mudah.Tapi nak mengekalkan apa yg ada itu yg paling susah.
-Aku berharap aku dapat menjaga kereta pertamaku dengan baik.
-Aku berharap aku dapat habiskan master aku dan mengengam segulung Master…huhuhu…
-“Ya Allah berikanlah aku kekuatan, rezeki, dan kesabaran dalam mengekalkan impian aku ini dan mengejar impian yang lain”. Amin.