-sudah lama rassanya aku x menulis blog..hehe
-Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dalam hidup aku sepanjang aku tak menulis blog..
-aku tak menafikan ada baik dan buruk berlaku dalam hidup..
-tapi alhamdulillah aku dapat melaluinya dengan tenang dan mengharungi dgn baik..Alhamdulillah..
-Sekarang aku sebenarnya sudah berhenti kerja di Ansell N.P sdn bhd di melaka setelah mendapat tawaran kerja di Petronas Dagangan Berhad di KLCC.
-Suka duka di ansell tetap akan menjadi kenangan berharga dalam hidup aku.
-aku telah memulakan kerja baru di petronas pada 1 november 2011 dengan notis 2 bulan.
-Sebenarnya aku telah diminta oleh bos aku sekarang tuk masuk lebih awal namun aku meminta masuk lewat dengan notis 2 bulan untuk aku settlekan kerja aku di ansell.Alhamdulillah bos aku setuju dengan notis 2 bulan.
-Sebenarnya ramai bertanya pada aku senang ke masuk petronas?
-Bagi aku ia bergantung pada rezeki masing2 dan usaha,doa,dan tawakal...heheh..
-Bila bace dan dgr mcm senang tp sebenarnya bukan senang.
-Tapi walau apa pun aku bersyukur aku dapat rezeki di Petronas.
-Waktu sekarang sebenarnya aku telah mendapat confirmation jawatan di Petronas Dagangan.
-Setelah 6 bulan bertungkus lumus aku telah berjaya mendapat confirmation daripada GM aku..
-Confirmation aku semua berkisar kepada satu projek convert customer shell to Petronas.
-Aku di beri satu company iaitu Konsortium Logistik Berhad (KLB) iaitu sebuah syarikat Haulier terbesar di Malaysia.
-KLB merupakan pengguna lori Merz terbesar di semenanjung Malaysia.Tugas aku untuk menyakinkan mereka untuk tukar kepada Petronas.
-Alhamdulliah dengan bantuan kawan2 aku berjaya convert KLB to Petronas dengan mengikat contract 5 tahun dengan Petronas.
-Perjalanan untuk menukar shell kepada petronas bukan satu tugas mudah.Dengan aku tidak memiliki pengalaman dalam bidang ni,aku sedikit takut sebenarnya.
-Tapi, aku dengan berani dan tebal muka menelefon direct kepada CEO KLB selepas usaha ground floor hampir gagal untuk menukar.
-Ceo KLB datuk che azizuddin sangat profesional dan optimistik dengan cadangan yang di bentang kan..
-Aku masih igt lg 1st time aku jumpa dengan datuk ni di MO(Mandrain oriental) sebelah KLCC.
-Orang nye simple bila berbicara dan percaya dengan tenaga muda yang dimiliki aku dan mempercayai dan yakin kepada aku.
-Datuk ni mmg sangat membantu.Aku masih igt lagi aku dan seorg lagi kawan aku pergi ke penang naik flight semata-mata nak mintak sign Datuk ni jer..hahaha...lepas tu balik...haha..but pengalaman ni mmg berharga pada diri aku..
-Dengan aku berlari sbb dah lambat takut tertinggal flight...hahaa..pengalaman2..
-Dengan hanya berbincang tak sampai sebulan aku berjaya mengikat contract 5 tahun di antara Petronas dan KLB.
-Kejayaan secured this customer dan keakraban aku berbincang dan berbicara dengan datuk menyebabkan team aku yg sudah lama bekerja kata aku gile sbb boleh buat kerja org yg dah kerja 3-4 tahun..
-Di sebabkan kejayaan ini jugak aku diarahkan oleh management tuk menjaga region..Region yg aku kene jaga ialah sourthern region..iaitu Johor dan Melaka.
-Alhamdulillah aku sekarang menjaga sourthern region walaupun penat travel KL ke selatan...namun sikit2 aku berjaya menghijaukan sourthern region dan sudah confirm jawatan di PDB...hehe
-Kesian kat nafisah gak..nama jer dekat tp selalu gak tak jumpa...haha..
-Sekarang aku berharap tuhan melimpahkan lagi rezeki kepada aku..
-Dalam nukilan aku ni jugak aku sertakan dengan gambar bersama dengan org KLB di sewaktu aku one day trip ke penang , signing ceremony di Malaysian Petroleum Club KLCC dan komen GM aku untuk confirmation..
-Ya Allah Kau limpahkan lah lagi rezeki kepada hambamu ini dan kau mudahkan segala urusan aku di dunia dan akhirat serta kau mudahkan perjalanan apa yang aku rancang untuk masa depan hambamu ini...amin...
-Assalammualaikum...


No comments:
Post a Comment